Saturday, November 13, 2010

DOA

Tuhan,
Dalam keresahan aku bagaikan
terseksa oleh perbuatan
Terlanjur meniti perjuangan
Hidup yg penuh dengan dugaan

Tuhan,
Betapa aku rebah terlena
Lemas menghadap cabaran
Dunia remaja ku turut rasa
Akhirnya tersadai dijalanan
Tuhan,
Maha kuasa diri-mu Tuhan
Kau beriku cahaya kesedaran
Laluku terjaga dari impian
Tuhan,
Kupohon keampunan
Segala perbuatan tiada batasan
Ampunilah aku oh Tuhan
Ampunilah

Tuhan,
Kuserahkan diriku padaMu
Kusujud menyembahMu
Dengan titisan air mataku
Terimalah taubatku oh Tuhan ku

No comments:

Post a Comment